Sunday, June 12, 2011

Tentang Cinta Dia




Alam ini ku rasakan teramat dingin.
Sejuk dilambai semilir angin cinta yang membuai hati dan perasaanku.
Tentu mereka yang sedang menarik beg dengan kepayahan yang amat di tubuh dan wajah sedang merasainya juga.
Sungguh menatap wajah mereka terakhir kali di tanah subur ini mengulum rindu yang bakal dirasai oleh jiwaku ini.

Inikah dia cinta di atas jalanMu Ya Allah?

Adikku,

Sungguh indah memori kita bersama sepanjang perjalanan kita bersama meniti hari-hari penuh cabaran namun tentu menggembirakan hati kita.
Dan setiap kali aku melihat wajahmu, qaidah sulbah, liqa kiter serta anak binaan mereka, aku melihat kamu semua sudah menjadi wanita, al-ukht yang teramat dewasa dan matang (..dan tentu anggun di pandang mata).
Seperti mana adik-adikmu mengkagumimu, begitu juga aku.
Dan aku bersyukur Allah menemukan kita, dalam detik-detik yang telah disusun atur oleh-Nya. Alhamdulillah ya Rabb.
Entah tulisanku menggambarkan perasaan yang aku ada sekarang..

Namun teringatku pada sebuah ayat yang kita baca bersama di satu pagi :
Muhammad itu adalah rasul Allah. Orang yang bersama dengannya adalah keras dengan orang kafir dan amat berkasih sayang sesama mereka.
Dan aku terfikir, adakah ini nikmatnya berada di atas ruh ini. Roh yang mengimpikan satu matlamat yang sama, iaitu kita sama-sama nak masuk syurga Allah dan dapat redha Allah itu?
Sebab selepas menyedari muqaddimah zilal, muntalaqseterusnya tafsir yang menggegar jantung kita dan menaikkan bulu roma kita, kita benar-benar sedar tanggungjawab yang besar yang jatuh di atas bahu kita.
.. dan kita tahu bahawa satu-satunya cara untuk menuju syurga Allah, bukan sekadar solat, puasa, haji dan bayar zakat sahaja!

Bukan itu!






Tetapi yang memasukkan kita ke dalam syurga adalah bila kita jual diri dan harta kita diatas jalan dakwah ini. Bila kita serahkan keseluruhan diri kita kepada Allah.
[At-taubah : 111]

Maka kita korbankan semuanya untuk itu. Untuk dapatkan redha Allah itu walaupun terpaksa mengorbankan perasaan kita. Perasaan sayangkan duit dan kerehatan kita.
Dan kerana pengorbanan dan matlamat kita itu sama, kita bersatu, bagaikan satu simpulan tali utuh yang digari, tanpa kita dapat fahami maknanya pun.
Walaupun aku tak tahu tarikh lahirmu, dan kau tak tahu tarikh lahirku,
Walaupun aku tak kenal seluruh keluargamu, begitu juga kamu,
Walaupun aku tak tahu makanan dan warna kegemaranmu.. (begitu juga kamu)
But do they all matter?

Benda itu simple di mata kita kerana tautan hati itu adalah kerana dakwah yang kita pikul ini.
Dan rasa hati inilah yang membahagiakan diriku, memandikan hatiku dengan embunan dingin yang menyapu karat dosaku.
Dan aku rasai kebasahan itu pada cintamu padaku, begitu juga aku padamu.
Sungguh mata ini cuma bersua denganmu mungkin hanya 3 kali sahaja semenjak 3 tahun lepas...
(ermmm melampaulah itu kan, ok, adalah 5 kali, but still!!)
Dan sungguh mata ini bertemu dengan wajah yang tidak pernah terbayang di balik hati ini, namun aku tahu kau tetap setia membaca setiap bait kata dalam wadah ini, mencari sesuatu buat hatimu.
Sungguh aku teramat gembira bertemumu sehingga air mataku berguguran di saat kau tidak nampak airnya menyapu wajahku.
Sungguh dalam cintaku kepadamu kerana Allah duhai adikku. Dan sungguh kamu banyak menyentuh jiwaku dengan keikhlasan penuh mulus pada jalan ini hingga aku malu pada diriku sendiri.
Aku melihat air matamu wahai adikku, dan mahu aku menyapunya selama-lamanya dalam hidupmu.
Baru aku fahami jiwamu itu yang mahu merangkul tubuh seorang murabbi yang sentiasa dapat membimbing dirinya. Kau mahu seseorang yang sentiasa menunjukimu jalan ini.
Namun kita sama-sama akui dan redhai yang Allah meletakkan kita sesuai pada keadaan kita walaupun kita sering mengkhayalkan perkara yang berbeza di dalam mimpi kita.
Namun Allah menjadikan dirimu kuat dan tegar di saat dikau tiada siapa yang dapat memimpin tanganmu di jalan ini.
Dan allah menjadikan ukhuwah ini indah dan penghargaan kepada cinta ini amat bermakna kerana hubungan hati yang tidak dimengerti ini. Sungguh rindu kita bertaut pada pertemuan ini dan rindu itu akan terus menjadi lagu kita sepanjang masa sehinggalah di satu saat Allah menakdirkannnya
Sungguh banyak ku belajar dari mu di waktu yang tentu panjang namun pendek ini.
Dan tentu aku berdoa agar kita sama-sama meraih sesuatu yang mengghairahkan dan mampu meangkat kita menjadi lebih baik dari keadaan yang kita lalui dahulu.
Kita sama-sama merasai sesuatu perlu kita laksanakan dalam diri kita. Kita sama-sama merasai anjakan diri ini perlu melalui fasa yang baru. Perlu berubah, perlu transformasi perlu menjadi orang baru!
Kitalah yang menjadi kunci kepada perubahan diri kita sendiri. Tiada yang lain.
Jika kamu bertemu denganku pada beberapa detik yang lalu, mesti kau memahami apa yang mahu kunukilkan. Jika tidak, mungkin suatu hari aku akan bercerita lagi..
Ya muqaalibal qulub tsbabit qalbi ala diinik
Pada dingin malam yang syahdu ini, sungguh aku merasai indahnya cinta di jalan Allah ini. Umpama siraman air terjun yang sedang mendinginkan badan yang kepeluhan, mendamaikan dan menenangkan hati yang sentiasa berada di bawah siramannya.




Cinta kepada allah

Cinta rasul
Cinta ibubapa
Cinta pada ummah
Cinta kepada kemerlangan
Marikita semua cinta 5 perkara
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?