Saturday, October 29, 2011

HIDUPNYA HINDU MATINYA PUN HINDU


Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya
akan ditanam.   Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada
darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu
sahaja,tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.

Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian
diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu
disebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.
Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasakdan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu
zaman dahulu.   Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi
pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam
uri itu dengan buku-buku sekolah?   Dan kalau anak lelaki pula, apakah
perluditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu
akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit.   Ini juga
menyerupai Hindu.Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancanganHindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.


Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar
danmelontar beras dan sebagainya.   Mengapa beras padahal minyak wangi banyak
dijual di kedai?   Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada
padi.   Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja
semangat padi.   Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga
hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan
anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan
Islam di hari perkahwinan.   Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala
Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak
bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah
tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang
salah.

Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis
akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah
dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan
nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang
bercorak Hindu itu.   Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita
nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah
mewariskan adat agama syirik!


Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di
atas kubur tersebut.   Ini juga adat agama Hindu.   Kalau kita perhatikan,
orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas
mayatnya.   Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur,
bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah
perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati
adat".   Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana
mereka sangat kuat berpegang kepada adat.   Yang
betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana
itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua,
bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti
bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita
boleh mati dalam keadaan Islam?   Sedangkan Allah telah berfirman yang
bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang
Islam."

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam,
daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu.
Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu.   Namun
sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang
penyerupaan dengan amalan agama lain.   Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."

Dalam riwayat yang lain:

"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang
diserupainya)."

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau
dibuang atau diubah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 28, 2011

Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia


Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah didalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :



1.      Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.



2.      Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.



3.      Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.



4.      Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama - derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.



5.      Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak. Lagipun org tamak selalu rugi. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.



6.      Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..)



7.      Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. pasal semua org ader egonya sendiri. Cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…



8.      Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…



9.      Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…


** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. Tetapi ialah MAZMUMMAH.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 19, 2011

Pengertian Aurat, Hijab, Jilbab Dan Niqab



Assalamualaikum...

Adalah suatu perkara yang indah jika seseorang itu berhijrah untuk memahami dan melaksanakan tuntutan berhijab.
Namun dewasa ini perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti.
Namun yang demikian, perkara hijab dan jilbab ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sarkastik semata-mata.

01. AURAT

Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim.
Diperjelaskan lagi, batas aurat juga merangkumi jenis pakaian yang tidak menonjolkan bentuk tubuh badan.
Secara dasarnya dinyatakan bahawa batas aurat bagi lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Berlainan pula dengan aurat yang ditekankan kepada golongan wanita.

Aurat bagi kaum wanita merangkumi:
  • Di hadapan saudara lelaki (muhrim) diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali kepala dan tangan.
  • Ketika bergaul sesama wanita muslim aurat bagi wanita itu adalah dari pusat hingga ke lutut
  • Ketika bergaul di kalangan wanita bukan muslim adalah diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Namun bagi sesetengah pendapat para ilmuan batas aurat wanita muslim kepada wanita bukan muslim adalah sama dengan batas aurat ketika bergaul sesama muslim
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim pula diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
  • Aurat ketika solat adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
Ada juga sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa suara juga merupakan aurat bagi kaum wanita.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada:
  • Suami mereka atau 
  • Bapa mereka atau
  • Bapa mertua mereka atau
  • Anak-anak mereka, atau
  • Anak-anak tiri mereka atau
  • Saudara-saudara mereka atau
  • Anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • Anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • Perempuan-perempuan Islam atau 
  • Hamba-hamba mereka atau
  • Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan 
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
- [Surah An Nur: Ayat 31]

02.HIJAB

Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran.
Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." –
[Surah Al-A'raaf: Ayat 26]

03.JILBAB

Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar.
Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh.
Jika dilihat kepada revolusi wanita Islam masa kini,  fesyen pemakaian tudung labuh adalah teramat kurang sekali untuk dilihat. Malahan di negara Malaysia ini, golongan yang bergelar ustazah juga kurang dilihat mengenakan pakaian berunsur jilbab.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." –
[Surah Al-Ahzab: Ayat 59]

04.NIQAB

Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah".
Pemakaian niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para cendekiawan sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan purdah dipersetujui bahawa adalah sangat dicadangkan.

PENUTUP
Hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap insan yang bergelar muslim. Namun, pelaksanaan hukum ini tidak mendapat perhatian oleh kebanyakan umat Islam dewasa ini. Walaupun kita berada di dalam sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi tiada undang-undang khusus yang mewajibkan etika menutup aurat. Oleh yang demikian, perihal hukum menutup aurat mula dipandang sebagai hukum yang boleh diringan-ringankan. Sedangkan hakikatnya hukum menutup aurat ini sememangnya diketahui sebagai WAJIB bagi umat Islam, tetapi begitu sukar memenuhi tuntutan hukum ini sebagai tunjang kekuatan iman... 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hati Emas






Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya 'tidak berakal'. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu adalah pelita hati. Justeru di dalam Al-Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayat-Nya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Malangnya, sedikit sekali 'orang yang berakal' walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga ramai manusia tidak terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya.


Itu sekadar renungan awal. Seperti mana ada orang yang punya akal tetapi tidak berakal, maka begitulah ramai 'orang agama' tetapi tidak beragama. Maksudnya, dia punya latar belakang pendidikan agama – mahir dengan segala wahyu dan sabda, tetapi segala-galanya tidak memberi impak kepada perilaku dan akhlaknya.
Kita sering bertemu dengan orang yang sedemikian. Kita kagum dengan latar belakang kelulusannya, cakap-cakapnya, malah kekadang ceramah-ceramah serta kuliahnya tetapi apabila kita mula mendekatinya, hati kita tertanya-tanya, apakah ini teladan beragama yang sebenarnya?
Kekadang kita terkesima dengan individu-individu yang sederhana dan latar belakang pendidikan agamanya sangat minimum (bukan tidak ada langsung), tetapi lebih warak, istiqamah dan jujur dalam pergaulan. Dia tidak 'berminyak air'. Apa yang dipaparkannya di hadapan dan di belakang orang sama.
Saya kagum dengan beberapa orang individu yang saya kenali dalam kehidupan ini yang begitu teliti dengan makanan yang hendak diambilnya, wang yang pernah dia berhutang, komen yang hendak dilontarkannya kepada seseorang, sangat menjaga lidah dan tawaduk dalam pergaulan.
Ilmu agamanya tidak tinggi tetapi ilmu yang ada itu benar-benar diamalkan dan membekas (memberi impak) kepada peribadinya. Ilmu yang banyak tentulah penting. Tetapi bukan semua orang berkesempatan dan punya peluang untuk belajar di peringkat ijazah, sarjana mahupun Ph.D apatah lagi profesor.
Ramai hanya di tahap 'lepas fardu Ain'. Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi 'hati yang bercahaya' berbanding 'otak yang bergeliga', hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.
Sepanjang kembara dalam usia mencecah 50 tahun, saya temui figur-figur yang bercakap bukan dari kepalanya, tetapi dari hati. Orang yang begini bercakap tulus dan telus. Tanpa bunga-bunga kata, tanpa kilasan bahasa. Cakapnya sungguh bersahaja.
Kekadang dia tidak punya kelulusan atau jawatan yang tinggi. Namun body language – bahasa badannya (yang lebih jujur dan asli) – memancarkan cahaya keyakinan, keikhlasan dan kematangan. Jika orang lain hanya menyampaikan ilmu, tetapi dia menyampaikan hikmah. Pada saya mereka inilah 'orang-orang kecil' yang begitu besar dalam arena pendidikan.
Memang ada ilmu yang tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Guru yang sebegini selalunya bukan mengajar dengan huruf dan angka tetapi dengan gerak hati dan rasa. Mereka hanya mengamalkan apa yang mereka tahu. Dan 'murid-murid' tidak rasminya belajar daripada teladan yang dapat dilihat.
Bukan dengan mendengar, menulis atau membaca. Dewan kuliahnya luas, seluas bidang kehidupan. Ketika para profesor atau doktor mendefinisikan, mencirikan dan mengupas ilmu rumah tangga secara ilmiah, mereka secara 'simple' menyampaikan ilmu itu secara amaliah.
Rajin-rajinkanlah menajam pandangan mata hati untuk mencari orang yang begini. Kehidupan mereka adakalanya sungguh sederhana tetapi sangat bahagia. Kejernihan wajah mengukir senyuman menjadikan kita tertanya-tanya apakah rahsia ketenangan mereka.
Orang sibuk membeli katil dan tilam empuk, mereka puas dengan tidur yang lena. Orang lain sibuk dengan makanan lazat dan berzat, resipi itu dan ini, mereka makan seadanya tetapi sungguh berselera. Mereka punya 'harta' yang tidak akan dapat dirompak. Mereka juga punya kekayaan yang tidak mengundang caci-maki dan hasad dengki manusia.
Mereka ini bukan selebriti yang tersohor atau produk program realiti agama yang semakin banyak ketika ini. Mereka ini terselit di tengah-tengah masyarakat tanpa 'glamour' dan gelaran. Mereka juga tidak diuar-uarkan dalam kitaran strategi promosi dunia pasaran kontemporari yang bernuansa Islam .
Tegasnya,  mereka ini  tidak ada nilai komersial – tidak , cukup pakej, kata orang sekarang. Mereka ini hanya produk 'universiti kehidupan' – yang mendapat ijazah melalui mehnah dan mujahadah. Ya Allah, temukan kami dengan orang ini, manalah tahu mereka itulah pewaris hati Uwais Al Qarni yang doanya mustajab dan kata-katanya mujarab untuk merawat mazmumah yang masih bersarang dalam jiwa ini.
Sahabat-sahabat ku, kekadang terlalu banyak untuk ditulis sehingga tidak mampu dituang oleh kata-kata dan bahasa. Makna kadang-kadang tercari-cari kata-kata kerana sering diungkapkan sesuatu yang indah hanya dapat dirasa tetapi sukar untuk diungkapkan.
Ya, tiada kata secantik bahasa, untuk mengungkapkan segala perasaan. Namun, keindahan itu bukan hanya untuk dirasa, tetapi untuk dijelmakan dalam bentuk perbuatan dan tindakan.


Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang terhijab oleh rasa-rasa yang tidak keruan, disangka kebenaran rupa-rupanya bisikan syaitan!

Untuk mu sahabat-sahabatku, aku tinggalkan sedikit catatan, di nota hati yang 'bergenta' beberapa minggu yang lalu. Ini adalah kesah protes hatiku terhadap orang agama yang tidak beragama. Yang tanpa sedar mereka (atau kita juga?) telah menjadi umpama ulu kapak (yang terbuat dari kayu)  untuk menebang kayu. Pinta dijauhkan agar janganlah 'orang agama' menjadi fitnah terhadap agama.
Namun, aku tidak mahu mencoret kisah marah. Justeru, menyedari bahawa diri ini juga acap kali terperangkap dalam tipuan yang sama. Lalu kupintal-pintal rasa marah menjadi kisah kagum, harmoni bernada muhasabah. Ya, akhirnya ku coretkan catatan ini. Cuma kisah sekeping hati.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Islam adalah agama yang Syumul






Islam adalah agama yang menyeluruh. Islam mencakupi semua perbuatan kita di dunia. Daripada makan hinggalah cara membasuh najis juga dititikberatkan oleh Islam. Dalam hal ibadah juga Islam menunjukkan cara yang betul dan sesuai dengan fitrah manusia.
Namun manusia tak semuanya sama. Allah menganugurahkan pelbagai cara manusia berfikir. Kita semua pasti mempunyai pendapat yang berbeza. Pendapat yang pelbagai ini boleh dikongsi untuk dinilai kebaikan setiap pendapat dan dilaksanakan mana yang lebih baik.


Perbezaan yang melahirkan permusuhan.


Malangnya Islam hari ini berpecah kerana berbeza pendapat. Terutama dalam hal dakwah dan pembinaan daulah. Masing-masing terlalu emosi mempertahankan cara mereka hingga sanggup menuduh saudara seagama sendiri salah dan terpesong.
Malah sampai ke tahap mengkafirkan saudara sandiri. Lebih teruk lagi apabila berlakunya pertumpahan darah yang sia-sia kerana terlalu fanatik mempertahankan kefahaman masing-masing. Akhirnya kita sendiri yang rugi dan ketinggalan dalam banyak hal dunia dan hampir semuanya dipelopori oleh orang bukan Islam. Orang Islam dilihat mundur dan hilang kegerunan terhadap mereka.


Method Dakwah Yang Berbeza


Saya tidaklah pandai dalam bidang dakwah. Saya bukan orang yang arif dalam dakwah. Tapi jika ada semboyan yang memanggil untuk memberi tenaga dalam bidang dakwah. Saya akan cuba memberi sepenuh tenaga dan daya saya. Saya melihat ramai para daie yang bergerak dalam jemaah dan cuba mencari kekuatan untuk memberi kefahaman mengikut method dakwah mereka.
Para daie mencari ahli dan membuat kumpulan liqa untuk membari kefahaman yang sebenar tentang Islam dan apa yang ummat ini perlu lakukan. Saya sendiri berubah menyertai beberapa jemaah dan Alhamdulillah, saya lihat cara ini boleh sedikit sebanyak mengenalkan saya dengan agama. Tapi tidak semua kumpulan jemaah mempunyai method yang sama. Ada yang faham Islam hanya boleh dikembangkan dengan politik.
Ada yang faham Islam hanya boleh diperjuang dengan menggulingkan sistem sekarang dan mendaulatkan semula sistem khalifah. Ada yang faham Islam perlu disebarkan dengan mengajak orang lain melakukan dakwah fardhiah. Dan banyak lagi method yang berbeza. Namun malangnya ada di kalangan pendokong Islam ini cuba menenggelamkan jemaah yang lain. Wujud pula situasi persaingan seperti mahu lihat jemaah mana yang lebih hebat. Dan jemaah mana yang paling ramai pengikutnya. Siapakah yang rugi jika ini berlaku?


Bukankah Kita Satu Aqidah?


Bukankah perbezaan ini sesuatu yang sepatutnya baik. Bukan semua orang mempunyai cara yang sama untuk didakwah. Rasulullah SAW pernah menjawab dengan jawapan yang berbeza kepada orang yang berbeza apabila beliau ditanya tentang amalan yang paling afdal. Ini menunjukkan method dakwah tidak semestinya sama. Jadi tidak bolehkah kita menerima method dakwah orang lain kerana mereka juga mengajak orang berbuat kebaikan. Mungkin kita tidak nampak hasilnya seperti yang kita harapkan.


Tetapi kesatuan ummah kini adalah satu keperluan yang memuncak. Banyak bala yang menimpa umat Islam kini adalah kerana kita semua berpecah dan sombong dengan cara masing-masing. Akhirnya Islam dipandang serong dan ,menyukarkan dakwah itu sendiri. Bukankah kita satu agama? Adakah kerana berbeza cara kita tidak boleh bersatu. Bukankah kita menyembah Tuhan yang sama? Apakah kerana sedikit berbeza dalam ibadah sunat membuatkan kita semua bermasam muka. Rugilah kita. Saya masih mentah dalam dakwah. Saya mahu melihat pemimpin dakwah bersatu hati membantu dakwah itu sendiri dan bersama memerangi musuh. Dan saya mahu menyertainya.


Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri(pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(An-nisa' : Ayat 59)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ulama, Umara dan Ummah






ULAMA perlu memiliki ketinggian ilmu dan bersedia menyumbang pemikiran bagi pembangunan ummah sejagat selain membimbing manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w menyifatkan ulama seperti bintang di langit dengan memegang amanah bagi menjamin kesejahteraan umat Islam.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang itu mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk."
 (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Mereka perlu jujur dan ikhlas dalam melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan. Sebagai ulama mereka perlu memiliki sifat sabar, lemah lembut, berhikmah, bersikap ramah, menghormati pendapat orang lain dan saling menasihati serta memuliakan saudara lain.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Berbicaralah dengan manusia menurut akal dan fikirannya. Gembirakanlah mereka dan janganlah dijauhkan; mudahkan jangan disukarkan. Inilah cara menyeru manusia kepada agama Allah. Bersoal jawab dengan masyarakat sebaik-baiknya iaitu sehingga memuaskan hati dan menghilangkan keraguan mereka. Sebab itu ulama wajib mengetahui pelbagai cabang ilmu. Jika tidak pasti, masyarakat mudah menolak ajaran yang bertentangan dengan ilmu pengetahuan mereka.
Perkara paling penting yang perlu dilakukan golongan ulama ialah menggalas tanggungjawab melindungi umat Islam daripada sebarang usaha penyelewengan agama seperti murtad, khurafat, bid'ah, syirik dan tahyul.
Maka umat Islam perlu mengiktiraf ulama sebagai pemimpin yang berwibawa. Ibnu Abbas berkata: "Ulama adalah orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi: Orang alim tentang Allah Maha Penyayang adalah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiat-Nya di samping yakin bahawa dia tetap akan menemui-Nya dan Dia bakal menghitungkan amalannya.
Semakin tinggi ilmu yang dimiliki seorang ulama maka bertambah takut mereka kepada Allah. Mereka akan sentiasa menjunjung amanah bagi menyampaikan hak dan kebenaran. Jelas karakter yang dimiliki golongan ilmuwan menjadi lambang kekuatan iman dan harapan umat Islam supaya kekal berpegang teguh kepada ajaran Islam yang suci.
Berbeza dengan watak golongan ulama dunia di mana mereka hanya bermotifkan untuk mendapat habuan dunia. Apabila bertambah ilmunya, semakin ingkar mereka kepada perintah Allah.
Sebagai persiapan menghadapi pelbagai cabaran mendatang, ulama perlu sentiasa mengikuti perkembangan supaya mereka dapat menangani masalah semasa itu dengan baik.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menjalankan hukum (pemerintahan) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah".
(Surah al-Maidah ayat 48)
Ulama berperanan menanamkan kesedaran dan memimpin masyarakat menghayati serta melaksanakan cara hidup selaras dengan tuntutan agama. Bersikap berkecuali tidak boleh sesekali diamalkan golongan ulama kerana mereka perlu memperbetul serta menjelaskan perkara sebenar andai kata berlaku permasalahan di kalangan umat Islam.
Mereka perlu berpendirian tegas menangani sebarang isu berdasarkan ilmu agama yang dimilikinya. Tohmahan terhadap golongan ulama pasti timbul jika perjuangan menyebar dan menegakkan ajaran agama dicemari kepentingan peribadi seperti harta benda, kedudukan, pangkat dan penghormatan.
Abu Nu'aim menyatakan bahawa Nabi mengatakan: "Dua golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rosaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan pemerintah."
Terdapat kisah keberanian seorang ulama yang tidak mengejar pangkat dan kedudukan atau kepentingan seseorang iaitu Imam Nawawi.
Beliau tetap mengatakan sesuatu perkara itu benar menurut hukum. Menurut riwayat, apabila baginda Sultan al-Malik al-Zahir mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang Tatar (Monggol) digunakan fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat bagi memenuhi kepentingan perang melawan musuh. Seorang ulama fiqh dari Syam menulis menerangkan fatwa itu tetapi baginda masih tidak berpuas hati jika Imam Nawawi tidak memberi fatwanya. Baginda seterusnya menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan.
Beliau tidak mahu memberi fatwanya dan memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa menerangkan keengganannya. Beliau dapat tahu bahawa baginda memiliki 1,000 hamba. Setiap seorang mempunyai beberapa ketul emas manakala 200 khadam wanita baginda memiliki barang perhiasan bernilai. Jika baginda membelanjakan semua itu demi keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang itu, maka beliau bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan baginda mengambil harta rakyat.
Imam Nawawi berfatwa tidak membenarkan baginda mengambil harta rakyat selagi kekayaannya tidak digunakan. Sultan al-Malik al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya amat menggemparkan sehingga baginda memerintahkan beliau keluar dari Damsyik. Imam Nawawi menerima perintah pengusirannya itu. Namun ulama Syam berusaha menjemputnya pulang tetapi beliau enggan selagi baginda masih berkuasa.
Ulama perlu berani menyatakan pandangan mereka terhadap perkara yang dirasakan bertentangan, namun setiap teguran itu perlulah dilakukan dengan penuh hikmah.
Penceramah, Mohd Rani Awang Besar berkata, ulama adalah golongan yang Allah kurniakan kepada mereka ilmu agama yang tinggi hasil daripada bertahun-tahun lamanya mereka menuntut ilmu.
"Allah berfirman dalam Surah Faathir ayat 28 yang bermaksud: "Hanya yang takut kepada Allah ialah ulama-ulama di antara hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
"Maka jelaslah apabila semakin tinggi ilmu mereka tentang kejadian alam yang dijadikan Allah maka bertambah takut mereka kepada Allah," katanya.
Beliau berkata, terdapat dua bahagian ulama iaitu ulama akhirat dan ulama dunia yang menjalankan peranan berbeza-beza.
"Sebagai pewaris tugas Nabi Muhammad, mereka perlu sentiasa menegakkan kebenaran dan tidak takut dengan manusia.
"Terdapat ulama yang menggunakan ilmu mereka bagi menyebar luas dakwah ke seluruh pelosok dunia bagi mendapatkan keredaan Allah semata-mata manakala ulama dunia menggunakan peluang untuk mengejar pangkat serta kedudukan," katanya.
Mohd Rani berkata, tugas penting seorang ulama akhirat ialah berusaha semampu mungkin berdakwah kepada semua golongan dalam melahirkan umat Islam berilmu dan bertakwa.
"Ulama perlu tegas dan berani menyatakan pendirian mereka dalam satu isu yang bersalahan dengan syariat. Yang betul katakan dengan jelas ia benar manakala yang batil jangan sesekali membisukan diri."Golongan ulama tidak pernah takut terhadap apa saja bentuk halangan yang menimpa diri mereka. Jauh sekali jika mereka tahu kesalahan itu tetapi mengambil jalan mudah hanya mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan," katanya.
Beliau berkata, terdapat sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali."
(Hadis riwayat Al-Baihaqi).
"Daripada hadis ini, kita dapat saksikan ulama yang dimaksudkan ialah ulama su' (jahat). Ulama seperti ini hanya memandang hal keduniaan," katanya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, October 9, 2011

Khasiat Asmaul Husna


 

 

"Ya Allah!"

Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih2 lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yg besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

"Ya Rahman!"
Apabila  dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi  terang, tenang & sifat2 pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

"Ya  Rahim!"
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

"Ya Malik!"
Apabila  dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari,  segala perkerjaan yg dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &  kekayaan yg diredhai Allah.

"Ya Quddus!"
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka  hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari,  dengki dll.

"Ya Salam!"
Apabila dizikirkan sebanyak 136x, Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

"Ya Mukmin!"
Apabila dizikirkan sebanyak 236x, Insya Allah dgn izin Allah diri kita, keluarga  & segala kekayaan yg dimilikki akan terpelihara & aman dari segala macam  gangguan yg merosakkan.

"Ya Muhaimin!"
Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardhu Isyak, Insya Allah fikiran  & hati kita akan menjadi terang & bersih dari segala sesuatu yg  merumitkan sehingga mudah utk menghafal apa jua pelajaran.

"Ya  'Aziz!"
Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh, InsyaAllah dgn izin Allah, kita akan menjadi orang yg mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

"Ya Jabbar!"
Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dgn izin Allah.

"Ya Mutakabbir!"
Apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

"Ya Khaliq!"
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, Insya Allah bagi yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap.

"Ya Baarii'!"
Sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran  & sembuh dari penyakit tersebut.

"Ya Musawwir!"
Sekiranya seorang isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka  puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian  diminum air tersebut utk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insya Allah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah.

"Ya Ghaffaar!"
Sambil beri'tikaf (diam dlm masjid dlm keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, Insya Allah akan diampunkan dosa-dosa kita.

"Ya Qahhaar!"
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insya Allah orang-orang yg selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

"Ya Wahhaab!"
Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yg selalu didlm kesempitan, Insya Allah segala kesulitan @ kesempitan dlm soal apa pun akan hilang dgn izinNya.

"Ya Razzaq!"
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yg halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dgn ikhtiar yg zahir.

"Ya Fattah!"
Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh, Insya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

"Ya  'Aalim!"
Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yg sempurna.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?