Wednesday, June 8, 2011

Kesian Kalian masa tidak menjagai masanya

 
Sekiranya kamu haus semasa hayat kamu, kamu boleh meminum rezeki Allah yang enak-enak. Sirap bandung, kopi radix, sirap... Semuanya kamu boleh teguk untuk menghilangkan dahaga. Tetapi, air manakah yang bisa menjadi asbab untuk menghilangkan dahagamu ketika kamu menghadapi sakaratul maut?

tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
(3:185)



Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sungguh cergas kamu berlari ke sini-sana mengejar bola di tengah dan tepi padang. Berapa gelen peluh yang kamu keluarkan untuk tujuan itu? Tidak malukah kamu, kamu mampu berlari ke sini-sana, tetapi tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat yang tidak perlu mengeluarkan bergelen-gelen peluh?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kamu berasa lapar sekiranya tidak bersarapan, tidak menjamah makanan tengah hari, dan tidak menjamah santapan malam. Tetapi, tidakkah kamu pelik, jiwa kalian kosong daripada santapan rohani, tetapi kalian tidak sedikitpun berasa lapar?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sedarlah, golongan yang mendirikan solat 5 waktu ditambah dengan amalan-amalan sunat pun tidak dijamin syurga, inikan pula kamu yang meninggalkan kewajipan yang merupakan dosa besar! Tidakkah kamu tahu, tiada pilihan ketiga selepas syurga dan neraka?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian sanggup berjam-jam menghadap facebook, blog, dan youtube, tapi kamu tidak sanggup untuk meluangkan hanya sedikit masa untuk berdamping dengan Pencipta kamu untuk ONLINE denganNYA secara DIRECT Tidakkah kalian berasa malu?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Setiap saat Allah SWT mengurniakan nikmat yang tidak terhitung, tidak malukah kita sewenang-wenangnya mengkhianati Pemberi nikmat itu? Adakah terlalu payah untuk memanjatkan kesyukuran dengan bersolat?
Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Ingatlah, Nabi Muhammad SeAW bersyukur dengan menunaikan solat sehingga kakinya pecah-pecah. Itu Nabi SAW yang telah dijanjikan syurga dan sangat dekat dengan Allah! Bagaimana dengan kita yang rendah dan hina ini? Masih mahu meninggalkan solat?

Jika mata batinmu tidak mampu menangkap dan mencermati secara adil terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah Maha Pencipta dan tidak mampu mencintai-Nya dengan kecintaan yang hebat, maka janganlah kamu tidak mencintai pemberi nikmat yang berbuat baik kepadamu. Jangan sekali-kali lebih rendah daripada seekor anjing, sebab anjing itu mencintai tuannya yang selalu berbuat baik kepadanya.
[Imam al-Ghazali]

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?