Tuesday, May 31, 2011

Meminta pertolongan ALLAH s.w.t

Sesungguhnya pertolongan allah itu sangat dekat. Allah menciptakan manusia dengan segala keterbatasan dan kelemahannya disamping kelebihan dan kekuatannya. Kita harus memahami keterbatasan dan kelemahan ini agar kita menyedari akan kelemahan kita dan mampu mengatasi kelemahannya tersebut dan menjadikanya kemuliaan.Sebagai makkhluk, manusia lemah, manusia diciptakan dengan keterbatasan fisik dan akal. Fisik manusia tidak akan mampu menggerakan alam semesta ini dengan tenaganya, bahkan juga akal manusia dengan berbagai hasil teknologinya. Manusia sangat lemah dihadapan Allah sehingga diperlukan untuk meminta bantuan dan lindungan dari Allah SWT. Kita perlulah sentiasa merendah diri agar kita tidak angkuh dan sombong untuk meminta bantuan dari ALLAH s.w.t

Mintalah Dengan Bersungguh-sungguh
Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.
Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah. Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.
Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan. InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.
Alangkah indahnya hidup sekiranya sentiasa dalam Rahmat dan Redha Allah Swt, lagi terlebih indah andai sentiasa mendapat pertolongan Allah Swt.


وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.". 
 (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 45)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dakwah menjadi tanggungjawab bagi muslim


Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini. Tugas menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yang ditugaskan kepada kita. 
Setiap orang telah Allah meletakkan penghargaan sebagai (1)khaira ummati iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana tugas dakwah ini.
Firman Allah SWT, maksudnya:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."  
(Surah Ali-Imran: Ayat 110)

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah daripada orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:Ayat 33)
Apakah itu dakwah?

Dakwah ialah mengajak kepada kebaikan dan menghalang daripada kerosakan. Dakwah juga banyak pecahan dan bentuk-bentuknya. Cukuplah untuk kita faham bahawa dakwah itu hukumnya wajib kepada setiap individu dengan tahap yang berbeza-beza.

Dai bukan Daki
 Sesuatu yang menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam. Biarlah saya ceritakan supaya ia menjadi iktibar. Saya terkilan dengan beberapa kelompok manusia yang kononnya melaksanakan dakwah, melaksanakan (2) amar makruf nahi mungkar tapi dalam masa yang sama mereka tertinggal satu elemen yang sangat penting dalam berdakwah. Peristiwa ini berlaku kepada kenalan saya sendiri. Dia hebat. Dalam banyak perkara, saya kagum dengan dia. Cuma saya terkilan dengan tindakan melulunya dalam melabel manusia dengan gelaran yang buruk. Tiada sifat berbaik sangka.
Kesilapan Kita
Kita jahil. Oleh itu, kira perlu mempelajari ilmu. Kita tidak sedar, bahawa tugas kita hanyalah menyeru manusia kepada kebaikan, bukannya melaknat manusia. Apa yang terjadi, si dai itu marahkan sahabatnya yang kononnya suka mencarut, lalu tanpa berfikir panjang sahabat itu dilabel sebagai syaitan lalu dihebahkannya pula. Apa kurangnya dia dengan syaitan? Hanya tahu memalukan orang lain sahaja!
Tembok Kebencian
Saya pasti ini adalah salah satu punca mengapa golongan yang menyeru kepada kebaikan dibenci. Mereka bukan dibenci kerana tanggungjawab Islam, sebaliknya dibenci kerana kecurangan mereka, menjual nama Islam dengan nafsu. Ramai daripada kita yang menegur, berdakwah dan menasihat kerana kepentingan peribadi seperti mahu dipandang mulia oleh orang lain.
Ada. Saya sangat pasti mengenai kewujudan golongan ini. Lebih-lebih lagi di laman sosial atau di blog. Dia akan menghentam orang itu habis-habisan, melabelnya dengan label yang keji kerana mahu menunjukkan dirinya baik. Tidakkah kita sedar, bahawa Iblis yang pernah menjadi penghulu para Malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan keramat, "Ana khairun minhu," maksudnya "Aku lebih baik daripada dia!"
Bersangka Baik
(3) Husnudzhon. Semua orang tahu. Tahu sebut, tahu berhujah tetapi tidak tahu mempraktikkannya. Bersangka baiklah sesama makhluk. Mungkin orang yang kita tegur itu, hari ni dia tidak mahu dengar, tapi jangan sesekali kita mencanangkan keburukannya.
Pada zaman Rasulullah dahulu, Rasulullah telah menyenaraikan 360-370 nama orang munafik dan ia adalah rahsia. Ia adalah rahsia! Sedangkan Rasulullah pun merahsiakan nama orang munafik, apakah kita lebih mulia daripada Rasulullah untuk menyatakan si polan itu syaitan dan si polan itu orang yang tertutup hatinya?
Hikmah Kebijaksaan
Allah berfirman maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk." 
(Surah An-Nahl: Ayat 125)
Apa yang kita faham tentang hikmah? Ibn Khatsir menafsirkan hikmah itu dengan kemampuan seseorang menerima teguran kita. Kalau orang tua, tegurlah dengan cara orang tua. Kalau kawan-kawan, tegurlah dengan cara kawan.
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai."
Imam Syafie
Keburukan orang lain bukannya bahan untuk dijadikan senda tawa, atau topik umpatan, sebaliknya keaiban orang lain harus kita pelihara. Jika dia sudah insaf, Alhamdulillah. Jika masih belum insaf, teruskan berusaha. Itu saja.

Menanam Bunga
Bagi saya, orang yang berdakwah ini sama seperti orang yang menanam bunga. Ini bukan kerja yang hasilnya ekspres. Kita tidak boleh mengaharap bahawa jika hari ni kita dakwah, esok dia akan berubah. Tidak sama sekali! Sama seperti orang menanam bunga, kerjanya takkan selesai dengan hanya menyemai benih. Dia perlu menyiram, membaja dan melindungi pokok daripada serangan serangga perosak.
Dakwah juga memerlukan kita perlu dekati mad'u hari-hari. Nasihat setiap hari. Sayang pun  setiap hari. Dan itu terlaksana jika kita hubungan persahabatan kita dengan mereka baik. Usah kita mudah melaknat pokok yang belum berbunga, kerana itu mungkin tanda bajanya masih kurang, airnya tidak cukup, atau mungkin persekitarannya tidak sihat. Siapa tahu? Atau mungkin juga kerana Tuhan memang tidak mahu dia tumbuh berbunga, siapa boleh bantah?

Kesimpulan
Harus kita ingat, kewajipan kita ialah menegur kesalahan, menasihati kekurangan dan mencegah kemungkaran. Allah tidak menyuruh kita mengumpat apatah lagi mencanang keburukan orang lain. Persaudaraan Islam itu perlu dijaga bahkan asas dalam berdakwah ialah kasih sayang. Jangan lagi menegur kerana benci atau dendam. Tegurlah kerana sayang.
Jangan membenci pelaku maksiat, sebaliknya benci hanya kepada maksiat yang dilakukan. Akibat jahil dan tidak berhikmah, orang lain bukan sahaja menjadi semakin jauh daripada Islam sebaliknya membenci Islam. Siapa yang mahu bertanggungjawab di atas perkara ini? Kita selalu mengina orang lain kerana kesilapan yang dilakukannya, tapi pernahkah kita mendoakan mereka? Adakah kita dai atau daki?





Glosari
(1) Khaira ummati: Umat terbaik
(2) Amar makruf nahi mungkar: Mengajak, menyuruh dan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara mungkar atau yang ditegah oleh syarak
(3) Husnudzhon: Bersangka baik

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saat Kita Berpisah di perhentian Yang jauh



Saat berpisah
Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.
Semuanya masih misteri. Hanya tinggal al-Quran dan al-Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian. Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!
Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan. Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH.
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad dengki, jauhi mengumpat,dan berbuat jahat.. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah "kebijaksanaan" itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut, katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya... syurga!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hebatnya RAHSIA Wanita solehah



 
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itudengan doa keberkatan.

    Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

     
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

    Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

  • Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80tahun ibadat.

  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?