Wednesday, June 1, 2011

Kisah Orang Solat Berjemaah dan khafiatnya.

Berjalan menuju solat berjemaah di masjid merupakan salah satu cara memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hal itu didasarkan pada firman Allah
 (lihat kitab Tuhfatu al-Ahwadzi bi Syarhi Jami' at-Turmudzi, IX/104);
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." –
QS. An-Nahl: 97
Ini adalah kisah benar dari daerah taiping,perak
Seorang lelaki bernama ajis (bukan nama sebenar) adalah dahulunya seorang pemuda yang jarang solat berjemaah di masjid.
Dia ke masjid hanya untuk solat Jumat atau solat di Hari Raya.
Malah dia dulu dikenali dengan panggilan 'Playboy'. Setiap tahun dia berganti pasangan. Dia juga dahulu bermain muzik (drummer).
Tidak pula memperhatikan sunnah Rasul. Padahal dia adalah anak Pak Haji dan Ketua majlis keamanan Masjid di perumahannya.
Baru ketika dia belajar, hidayah Allah menggiringnya untuk melakukan solat zohor berjemaah di masjid kampusnya.
Setelah selesai solat, ada tazkirah yang didengar ajis. Pemberi tazkirah itu menyebutkan hadits Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak."
 - Shahih Muslim, V/160
Sejak saat itulah Haris mulai memikirkan apa yang sebenarnya terkandung di dalamnya sehingga Rasulullah bersabda manusia akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.
Ajis pun mulai melaksanakan solat Isyak berjemaah di masjid malam harinya, dan dilanjutkan dengan Subuh berjemaah di masjid dekat rumahnya untuk mencuba merasakan apa yang sebenarnya dimaksudkan Nabi.
Selalu terlindung dari musibah
ajis ketika itu masih belajar di jurusan sastera melayu.
Setiap kali setelah dia pulang kuliah, dia mengajar kelas tuisyen kepada anak-anak kecil mahupun orang dewasa.
Hampir lulus ijazah pertama, dia sudah ditawarkan pekerjaan melalui panggilan telefon dari sebuah syarikat untuk menjadi wartawan.
ajis mulai merenungkan apakah ini yang dimaksud manfaat dari solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid, rezeki begitu mudah diraih tanpa susah-susah mencari sedangkan banyak temannya yang mencari ke mana-mana tapi tidak diterima.
Akhirnya ajis lulus ijazah dan sempat menjadi wartawan di syarikat tersebut.
Tetapi pekerjaan menjadi wartawan tidak menentu waktunya.
Hari Sabtu dan Minggu harus bersedia untuk dipanggil bekerja. Pulang dari kerja selalu lewat. ajis jadi jarang solat Isyak di masjid.
Waktu subuh dia perlu bertolak ke tempat kerja agar tidak terlewat.
Sejak itu pula dia mula meninggalkan kebiasaannya mendengar dan bermain muzik.
Semuanya terlalu memenatkan dan tidak sesuai dengan jiwa ajis yang terbiasa mengajar.
Kalau sudah kepenatan, dia sering mengantuk ketika menunggang motor.
Dia bernasib baik kerana Allah masih menjaganya walaupun ajis mulai leka dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid kerana pekerjaannya itu. Allah sedang mengujinya.
ajis pun keluar kerja agar tidak terlalu penat, boleh berjamaah di masjid, dan berniat memulakan perniagaan sendiri.
Sebelum dia sempat memulakan perniagaannya, Allah telah memberinya rezeki yg telah dijanjikan.
Dia mendapat pesanan menerjemahkan buku luar negeri dari sebuah penerbit yang hasilnya boleh membuat dia bertahan beberapa bulan sampai dia mendapat pekerjaaan tetap yang lain.
Bekerja dari rumah membuat ajis makin rajin solat berjemah di masjid.
Dia mulai merasakan perubahan ke arah yang lebih baik dibanding dengan ketika dulu ia jarang solat berjemaah di masjid.
Ditinggikan Darjatnya oleh Allah
Allah memuliakan orang yang mendatangi masjid;
"Barangsiapa berwudhu di rumahnya kemudian dia mendatangi masjid, maka dia sebagai orang yang mengunjungi Allah, dan merupakan kewajiban bagi yang dikunjungi untuk memuliakan pengunjung-Nya."
HR. Thabrani, VI/253, nombor 6139 dan 6145
Ajis tetap sabar dan tekun terhadap terjemahannya.
Malah dia berpikir dan bersyukur masih diberi rezeki dan anugerah menerjemahkan buku seperti itu.
Berkat kesabaran dan rasa syukurnya, Allah kembali memberinya pekerjaan tetap dalam waktu terdekat.
Kali ini dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah antarabangsa, sebagai guru Bahasa Melayu.
Tempat kerja Ajis  cukup jauh dari rumahnya.
Tapi dia menjalankannya dengan senang dan semangat, kerana serasi dengan jiwanya.
Dia juga masih boleh menjalankan solat Isya dan Subuh berjemaah di masjid.
Ajis  mulai merasakan inilah yang dimaksud Allah melalui sabda Nabi tadi. Banyak manfaat yang terkandung di dalam solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid:
Bagi ajis, mendapat ganjaran pahala kerana mengajarkan ilmu-ilmunya adalah suatu balasan dari Allah yang sangat baik.
Meskipun bekerja dengan senang hati dan penuh semangat, tidak bererti Ajis tidak pernah kepenatan. Kerana lokasinya yang jauh, setiap kali pulang kerja Ajis selalu mengantuk di motor.
Sudah lebih dari tiga kali dia hampir mengalami kemalangan motor.
"Dan (dirikanlah pula solat Subuh). Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan
 (oleh malaikat)" –
QS Al Isra: 78
Dia bercerita, pada ketika itu, dia tertidur di motor, dia hampir, melanggar pembahagi jalan raya dan masuk ke tol.
Allah mengirimkan malaikat-Nya untuk membelokkan motornya ke jalan yang benar.
Di waktu yang lain, dia juga pernah menaiki motor sambil tidur dan mengarahkan motornya ke arah yang berlawanan dan dia bernasib baik kenderaan dari arah bertentangan tidak melanggarnya dan Allah segera membangunkannya.
"... Dan seseorang yang berangkat ke masjid, dia akan selalu berada dalam jaminan Allah sehingga Dia mewafatkannya lalu memasukannya ke surga atau menyerahkan kepadanya pahala dan ganjaran yang diperolehnya. ..."
- Shahih Sunan Abi Dawud, II/473
Dari Jundab bin Abdullah ra., dia bercerita, Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengerjakan solat subuh, maka dia akan selalu berada dalam jaminan Allah."
- Syarhu an-Nawawi 'alaa Shahih Muslim, V/164
Sekarang Ajis sudah menjadi pengetua Sekolah di tempatnya bekerja.
Saat Ajis ditawarkan jawatan menjadi pengetua, umur Ajis saat itu baru 25 tahun dan dia baru bekerja di situ dua tahun! Allah Maha Besar  lagi Allah  Maha Penyayang.
Mari kita semua berdoa agar diberi hidayah oleh-Nya, diberi rezeki dari-Nya, diberi kemudahan untuk melangkahkan kaki ke masjid, dan boleh mengajak orang lain untuk melaksanakan solat berjamaah di masjid.
Nabi Nuh tidak mampu memberikan petunjuk kepada anak lelakinya, Kan'am; Ibrahim tidak mampu memberikan hidayah dalam hati ayahnya; dan Rasulullah tidak sanggup memberikan hidayah kepada pakciknya, Abu Thalib.
Maka tugas kita semua adalah memohon petunjuk kepada Allah.
Dia berfirman, "Maka mintalah hidayah kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikan kalian hidayah."
Siapa sahaja yang meminta hidayah kepada Allah, Dia akan memberinya hidayah.
Hidayah ini meliputi hidayah ilmu dan hidayah taufik. Berapa banyak waktu terbuang untuk bermain di depan komputer?
Sedangkan kita sukar sekali meluangkan waktu beberapa minit saja untuk melangkahkan kaki ke masjid padahal melangkahkan kaki ke masjid satu langkahnya menghapus dosa dan langkah lainnya mengangkat darjat.
"Tidaklah seseorang bersuci lalu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya kemudian dia berangkat menuju ke salah satu masjid melainkan Allah telah menetapkan baginya kebaikan bagi setiap langkah yang diayunkannya, dengannya Dia akan meninggikan dirinya satu derajat, serta menghapuskan darinya satu kesalahan..."
- HR. Muslim

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?