Mukadimah


الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفروه، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلل له ومن يضلل فلا هادي له. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. صلى الله وسلم على سيد الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
lahirnya para daie sahabat imam muda qaryah ini telah dilahir oleh pihak jabatan agama islam wilayah persekutuan pada saat  27 febuari 2011,pada hari isnin ,24 Rabiulawal 1432 h .di kembembangkan di masjid-masjid di sekitar zon-zon yang ada di kuala lumpur dan selangor.Insyaallah akan berkembang di seluruh malaysia.kami telah di didik dan diajar menjadi para daei yang bolehmembantu orang lain dan bersama-sama dalam jemaah .


'HIDUP UNTUK MATI ,BUKAN HIDUP UNTUK HIDUP'


YA ALLAH YA TUHAN KAMI BERKATILAH ILMU KAMI DAN HALALKAN LAH KAMI TINGGAL DI BUMI MU YA ALLAH AGAR KAMI DAPAT MENYEMARAKAN RASA CINTA KEPADA AGAMA MU DAN MEMBANTU DALAM AGAMAMU YA ALLAH
AMIN YA RABB ALAMIN

-PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI-

AYUH BERJUANG KERNA ALLAH
Dunia Islam kini sudah tiba ke kemuncaknya. Umat Islam Palestin terus ditindas oleh rejim Zionis yang sombong dan bongkak. Umat Islam di Iraq pula terus berpecah-belah pada ketika mereka ditindas oleh tentera Amerika yang kejam. Demikian juga di Afghanistan.


Namun, ALLAH SWT masih membela umat Islam yang ditindas. Dalam suasana umat Islam yang semakin hari semakin parah akibat penindasan bangsa kuffar, lahirlah pejuang-pejuang agama dalam setiap generasi, bangkit menyalahkan semangat jihad dan intifadhah untuk menentang kekejaman tersebut, sekaligus menegakkan kembali Al-Haqq, iaitu agama yang benar di sisi ALLAH ialah Islam.


Namun, bagaimana dengan keadaan kita di sini? Sedarkah kita bahawa kita juga sebenarnya diserang oleh bangsa kuffar?


Terasa pilu dan ngilu hati ini tatkala melihat saudara sendiri diratah oleh bangsa kuffar dalam seronok. Kita sendiri sebenarnya sedang diserang, namun bukanlah melalui serangan fizikal dan senjata. Sebaliknya, kita diranapkan dalam bentuk serangan pemikiran dan ilmu.


Kita tunduk kepada budaya keji golongan kuffar, malah membangga-banggakannya. Sehingga budaya-budaya itu kita telan, kita hadam, kita cerna, dan akhirnya menjadi sebati dalam daging kita. Tanpa kita sedari, kita berada di jurang kecelakaan.


Akibatnya, saudara-saudara kita lemas dalam budaya hedonisme yang keji. Maksiat dianggap perkara yang biasa, lebih teruk menjadi rutin harian. Anak-anak luar nikah yang tidak bersalah bertebaran di jalanan dibiarkan kelaparan menunggu masa untuk menghadapi kematian


Atas dasar itulah, kita para da’i harus bangkit menyemarakkan semangat jihad, membela saudara kita yang sedang dilahap oleh musuh-musuh Islam secara senyap. Bagaimana? Dengan pemikiran dan ilmu, sebagaimana kita diserang melalui pemikiran dan ilmu.


Saya memohon kepada ALLAH SWT agar penulisan kami di blog ini sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan semaraknya jihad dalam umat Islam Da n pembaca. Saya memohon kepada ALLAH SWT agar melindungi kami daripada kekejian dalam penulisan dan apa sahaja yang kami tulis menjadi keperluan dan manfaat pembaca semua.


“Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-MU daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah kenyang, dan doa yang tidak diperkenankan.”
(Hadis  Muslim )


Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui
(hakikat Yang sebenarnya).

(SURAH : Ash Shaff AYAT 11)

By SaHaBaT IMAM MUDA QARYAH

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?