Wednesday, May 25, 2011

Cintaku kerana...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tidak salah menyintai wanita bergelar isteri, selagi mana cinta itu didasari oleh satu makna yang padu: AGAMA. Lantaran Nabi SAW sahaja sudah memperingatkan, agar jodoh itu direalisasikan, dengan menjadikan agama sebagai sandaran dan landasan. Jika demikian agama itu hilang daripada peribadi  si isteri, kecintaanmu padanya juga harus bertukar, agar cintamu tersemai seadanya sahaja.
"Cintailah manusia itu seadanya. mungkin suatu hari kamu akan membencinya .Bencilah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari nanti kamu akan mencintainya". (Hadith riwayat at-Tirmidzi)
Demikian pula, tidak salah menyintai kerjaya dan pekerjaan, asal saja ia boleh  menuntun kita untuk kekal beribadah dan segar  dalam  keimanan, lantaran perjuangan itu memang memerlukan  kewangan yang utuh dan kepakaran yang jitu, untuk memacu agama kembali kepada keagungannya.
Bila agama itu hilang daripada  pekerjaan , hingga saja menyebabkan ibadah kita terhalang, semangat dakwah padam, keistiqamahn terbelenggu, maka ucapkanlah "selamat tinggal" duhai pekerjaan, kerana harta mahu pun keluarga , tak akan boleh  untuk memadamkan dasar pembina mahligai cinta: AGAMA.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Surah al-Munafiqun [63];9)
Sekiranya agama mendasari setiap  urusan  kehidupan, setiap sendi pergerakan   kita ,  setiap ruas kehidupan  kita, setiap sudut ruang yang berpijak  dibumi, setiap nafas yang menyegarkan tubuh kita, maka tidak ada lagi yang  boleh  memadamkan maraknya cinta  di hati terhadap  pada perjuangan ini. Tiada gunung maupun lautan berapi, yang boleh  menjadi penghalang antara cinta kita berdua; aku dan dirimu ya Ilahi.
Maka sedarilah kembali keberadaan  kita di muka bumi, bak ungkapan puitis seorang Muhammad Iqbal;-
"Aku ragu akan ada dan tiadaku. Namun, cinta mendeklarasikan bahawa aku ada."
Bahasa mudah ,"  jika amalan hidup berlandakan islam, aqidah  mentauhidkan Allah lenyap dari dalam diri mu,  maka cinta ku juga berakhir di situ." Selamat tinggal romeoku...
Sumber Text: 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Surah Al-Munafiqun 63: Ayat 9) 
 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?