Nabi s.a.w bersabda:
"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang
yang lebih banyak selawatnya kepadaku."
(Riwayat Ibn Mas'ud r.a)
Kelebihan Berselawat
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat
berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada
seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."
(Amir bin
Rabiah r.a)
Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.)
ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama'. Malahan
dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma' ulama'. Apa
yang diperselisihkan oleh ulama' ialah adakah selawat itu wajib pada setiap
kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat
(bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).
Dalam hal ini, sebahagian ulama'
menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan
sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam
majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang
lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan
tidak memadai sekali seumur hidup.
Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari
Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis
orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam
duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat
yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."
(Abu Hurairah r.a)
Menurut jumhur
ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan
jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan
tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan
ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.
Berkait juga
dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang.
Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama'. Menurut pandangan Mazhab Syafei
dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa
selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara
yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang
makruh.
Nabi
s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis
kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang
melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan
sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan,
lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang
disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau
tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu,
tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah
Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
(Abu Umamah r.a)
0 comments:
Post a Comment