Thursday, July 21, 2011

Nafkah dan Tanggungjawab Kita sebagai pemimpin keluarga

NAFKAH
Tanggungjawab suami amat berat, suami  sepatutnya meneyediakan nafkah zahir & batin. jika dia gagal.suami berdosa,  tapi sebagai isteri yang dizinkan bekerja tidak  salah meringankan beban suami...jika rasa tak puas hati...baik bawak berbincang jgn pendam & jgn ungkit...biar selesaikan sekarang perlu diigatkan walaupun isteri bekerja...suami WAJIB beri nafkah pada isteri walau cuma RM50 sebulan..utk kegunaan isteri bukan beli  barang dapur. dan isteri berhak menuntutnya jika suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan. mengadu yang suami gagal memberi nafkah pada isteri..

MAKSUD NAFKAH  ZAHIR

Ahli ilmu dahulu dan sekarang telah bersepakat mengatakan bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya selama tidak nusyuz. Termasuk yang tidak wajib diberi nafkah ialah isteri yang keluar bekerja tanpa keizinan suami.


JUMHUR ULAMAK

Berpendapat bahawa nafkah isteri (nafkah zahir) ialah segala keperluan hidup, seperti tempat tinggal, makan dan pakai. Anggarannya adalah berdasarkan kepada kebiasaan satu-satu negeri dan zamannya. Juga berdasarkan kepada kemampuan suami, susah atau senang.

Masalah: Jika seorang isteri tinggal bersama suaminya, dan tidak mendapat keperluan yang mencukupi kerana kebakhilan suami, bukan kerana kemiskinannya, maka isteri boleh mengambil wang suami tanpa izinnya sekadar yang mencukupi. Tidak boleh berlebih-lebihan.

Dasarnya ialah hadis riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’I dari Aisyah mengenai pengaduan Hindun tentang kebakhilan Abu Sufian yang tidak memberinya nafkah yang mencukupi. Lalu Rasulullah s.a.w. mengarahkan Hindun mengambil harta suaminya sekadar yang perlu untuk dirinya dan anaknya.

DR. WAHBAH AL- ZUHAILI

menyenaraikan: 1 . Makan minum 2 . Pakaian 3 . Tempat tinggal 4 . Pembantu/khadam/orang gaji. Ulamak bersepakat tentang kewajipannya bagi suami yang punya keluasan harta.
 5 . Peralatan dapur, pembersih dan lain- lain. Pembayaran bil bulanan termasuk api dan air adalah sebahagian dari keperluan asas zaman sekarang. "…tanpa memberi wang kepada si isteri?", apakah yang puan maksudkan dengan `wang’ di sini. Apakah ia wang keperluan (dengan maksud nafkah) atau wang saku? Jika `wang’ yang dimaksudkan itu adalah untuk keperluan sebagai ganti dari barang keperluan dapur, atau ganti dari wang perkhidmatan, atau sebagainya, maka suami wajib beri pada isteri.

Jika `wang’ yang dimaksudkan itu adalah wang saku, suami tidak wajib beri. Ia adalah pemberian di luar kewajipannya. Dan satu kebajikan kepada isteri. Wang saku ialah wang yang diberikan setelah semua keperluan nafkah isteri dicukupkan. Wang ini adalah untuk simpanan, membeli sesuatu di luar dari kategori nafkah. Untuk kesenangan, bukan keperluan

NAFKAH BATIN
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

  Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah
bercerita melalui sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa
yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya."

 Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam. Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah . Seorang suami memerintahkan isterinya dan mengingatkannya dengan nada yang lembut dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)." suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas. Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.  Daripada sifat  riyak, ujub  sombong dan lain-lain lagi. 
Inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Jika  suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak. Ibnu Abbas pernah berkata: Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka." Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran.

KELAYAKKAN ISTERI MENDAPAT NAFKAH

Isteri yang layak mendapat nafkah mestilah isteri yang sah atau isteri dalam‘iddah raj’i atau ‘iddah yang boleh dirujuk kembali, ertinya ialah ‘iddah dari talak satu atau dari talak dua di mana ‘iddah talak tiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak yang tidak boleh dirujuk kembali. Oleh itu seandainya isteri tersebut tidak mendapat nafkah yang adil dan mencukupi daripada suami atau dia dikasari oleh suami, maka dia boleh mengemukakan tuntutan atau saman di Mahkamah Syariah kecuali seseorang isteri itu nusyuz (derhaka)
kepada suaminya, curang dan sebagainya atau tamat tempoh iddah maka dia
tidak berhak untuk mendapat nafkah.




CONTOH PENGABAIAN NAFKAH


Terdapat sebilangan suami yang mengabaikan tanggungjawab kerana:

i) Mempunyai isteri yang berpendapatan lebih atau sama dengannya dan suami tersebut menganggap bahawa sudah mencukupi untuk isteri menanggung sendiri perbelanjaan rumah tangga dan dirinya.

ii) Bertujuan untuk mendidik isteri agar tidak menjadi boros.
Menuntut Hak

Apabila isteri menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh suaminya maka si
isteri hendaklah:

1. Menasihati suami secara lemah-lembut dan bersopan tentang
tanggungjawabnya atas dasar tidak mahu menderhaka kepadanya.

2. Mencari orang ketiga yang boleh dipercayai dan dihormati untuk
menyedarkan kesalahan suami.

3. Merujuk kepada mahkamah syariah.

Begitupun Islam mengharuskan si isteri mengambil haknya meskipun tanpa
pengetahuan suami (sekiranya keadaan sudah terdesak) kerana pernah
diriwayatkan oleh Aisyah r.a. bahawa Abu Sufyan iaitu seorang sahabat Rasulullah SAW yang cukup kaya, bersifat terlalu kedekut dalam memberikan nafkah (belanja) kepada isterinya sehingga isterinya nekad mencuri wang suaminya. Hindun, isteri Abu Sufyan itu mengkhabarkan halnya ini kepada Rasulullah SAW. “Sungguh Abu Sufyan adalah orang yang kikir (kedekut). Ia tidak memberiku belanja yang mencukupi bagi diriku dan anaknya, sehingga aku terpaksa mengambil hartanya tanpa pengetahuannya. “ Rasululah menjawab,
“Ambillah sebanyak mana yang mencukupi dirimu dan anakmu dengan wajar.”







KESIMPULAN



Sebuah hadis mengatakan yang di antara maksudnya: “Rasulullah SAW bersabda seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya” (Muslim).

Oleh itu, sebagai ketua keluarga, sama ada isteri meminta atau tidak, memberi
nafkah tetap menjadi tanggungjawab seorang suami kerana sesungguhnya Rasulullah SAW amat membenci umatnya yang bersifat bakhil terutama kepada pasangan yang telah melahirkan zuriatnya malah sifat bakhil ini juga adalah termasuk bagi orang yang tidak menggunakan tenaganya untuk berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya.

Sebaliknya mengharap isteri bekerja untuk menyara kehidupan rumah tangga mereka. Golongan ini akan dibalas dengan berbagai-bagai ancaman di akhirat kelak di mana baginda ada bersabda dalam sebuah hadisnya bahawa orang bakhil itu jauh daripada Allah, jauh daripada syurga, dan pergaulan manusia, sebaliknya dekat dengan api neraka. Manakala orang yang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat kepada syurga, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Maka sewajarnya seorang suami yang benar-benar bertanggungjawab pasti akan dapat melahirkan suasana damai dan harmoni dalam rumah tangga. Tidak akan berlaku masalah ketidakadilan, penganiayaan dan sebagainya.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?