Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Kepapaan



1.      Tidur di dalam keadaan bertelanjang (yakni tidak memakai apa-apa).
2.      Makan dan minum di dalam keadaan berjunub (belum mandi junub).
3.      Memudahkan setiap makanan yang tumpah di atas saprah.
4.      Bakar kulit bawang merah dan putih.
5.      Berjalan di hadapan orang tua-tua tanpa menghormatinya.
6.      Menyapu sampah pada waktu malam.
7.      Memanggil kedua ibu bapa dengan nama masing-masing .
8.      Membiarkan sampah di dalam rumah (berselerak).
9.      Bersegera keluar dari masjid selepas daripada sembahyang subuh berjemaah.
10.   Pagi-pagi duduk di kedai (pergi awal-awal) dan pulang dari kedai lambat-lambat (semua jenis kedai).
11.   Membiarkan bekas-bekas hidangan sentiasa terbuka.
12.   Menghembus setiap api dengan mulut.
13.   Menyikat rambut dengan sikat yang patah.
14.   Ibu bapa yang mendoakan anak-anaknya dengan kecelakaan.
15.   Tidak mendoakan kedua ibu bapa dengan kebajikan.
16.   Memakai serban dalam keadaan duduk.
17.   Makan sesuatu dalam keadaan dalam tidur mengiring.
18.   Mencolek gigi dengan segala jenis kayu (selain kayu dibenarkan).
19.   Basuh kedua tangan dengan segala jenis selut dan tanah (dengan sengaja dan tidak ada sebab).
20.   Duduk dibendul (muka pintu rumah).
21.   Mengambil air sembahyang (wuduk) di dalam tandas.
22.   Menjahit kain yang koyak di atas tubuh sendiri.
23.   Membiarkan rumah bersawang dan bersarang labah-labah.
24.   Bakhil, kikir dan kedekut.

(Sumber rujukan :Kitab Pelita Penuntut Terjemah daripada kitab Taklimul Taklim Thariqul Muta'alim. Garapan Syeikh Mohd Shafei Bin Abdullah Alfatahami, muka surat 56)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Amalan Minuman Rasulullah SAW


Amalan Minuman Rasulullah SAW


Rasullah SAW  amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.      Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.      Mencuci perut
3.      Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.      Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.      Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.


Minuman Manis dan Sejuk


Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, Baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut

" Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekaligus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum


1.      Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2.      Bacalah " Bismillah"
3.      Minum dengan tiga nafas
4.      Minum dalam keadaan duduk
5.      Jangan bernafas ke dalam air.  Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6.      Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7.      Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8.      Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9.      Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Adab Memotong Kuku

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Barangsiapa mengerat kuku pada hari:

1.          Sabtu, nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
2.          Ahad, nescaya keluar daripada kekayaan dan masuk kemiskinan.
3.          Isnin, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
4.          Selasa, nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
5.          Rabu, nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan.
6.          Khamis, nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
7.          Jumaat, nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya, dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Cara Dan Peraturan Yang Di Tuntut:

1.          Mulakan dengan tangan kanan.
2.          Mulakan dengan jari telunjuk.
3.          Kemudian jari Hantu.
4.          Di ikuti dengan jari manis.
5.          Last Sekali jari kelingking.
6.          Biarkan dahulu kuku ibu jari.
1.          Mulakan memotong kuku untuk tangan kiri pulak.
2.          Mulakan dengan Jari hantu dahulu.
3.          Kemudian jari telunjuk.
4.          Di ikuti dengan jari manis.
5.          Diakhiri dengan jari kelingking.
6.          Kemudian barulah kerat kuru untuk ibu jari tangan kanan dahulu.
7.          Last sekali barulah kerat kuku untuk ibu jari kiri pulak.

Fadhilatnya ialah:

1.          Melatih kita supaya lebih bersabar.
2.          Membiasakan diri kita dengan sesuatu yang susah dahulu sebelum mendapat sesuatu yang lebih senang.
3.          Melatih kita agar berdisiplin dan tidak tergesa-gesa.
4.          Tuahan akan memurahkan rezeki.
5.          Menjauhi kita dari penyakit.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 14, 2011

Kayu Sugi: Satu Pembuktian Saintifik


Kepentingan bersugi dalam Islam ?

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta”
 ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (

Hadis riwayat Al-Bukhari).

Tahukah Anda Punca Gigi Berlubang?

Penyakit karies (caries) atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu karbohidrat yang dapat diragikan.
Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.
Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.
Karies (caries) adalah penyakit multifaktorial yang meliputi (Keyes 1960):
  1. Host : Gigi & saliva
  2. Agent : Bakteria kariogenik
  3. Environment : Substrat (Sukrosa)
  4. Time

Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.
WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.

Kerisauan Yang Berasas..

Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (CAP),
“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”
Disaat umat islam dilanda dengan kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik hampir 1400 tahun yang lalu. Perlu kita diketahui bahawa pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.



Sejarah Siwak

Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica). Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam. Penggunaanchewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak(Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea)digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba)digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.
Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak.
Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis. Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999)cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik.
WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitasnya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.

Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):
  1. Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.
  2. Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.
  3. Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flouride juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
  4. Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
  5. Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
  6. Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.
  7. Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
  8. Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
  9. Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
  10. Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.
  11. Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.
  12. Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
  13. Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) danthiocyanate (SCN-).
Peranan Siwak Sebagai Anti-karies

Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadapStreptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test).
 Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutansyang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.
Cara Penggunaan Siwak

Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:
1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stickkayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya.Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat di gigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merusak gusi apabila digunakan.
2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stickyang akan di pakai sahaja.
3. Siwak yang kering dapat merusak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.
4. Bahagian ujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.
5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.
Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden maka siwak digunakan dengan cara diolah dahulu kemudian ekstraknya dimasukkan dalam ubat gigi. Suryadi et al (2006) menunjukkan bahwa ubat gigi siwak mampu menginhibisi (menghambat) strain lokal Streptococcus mutans yang diisolasi dari gigi manusia.

Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi

Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, penulis akan memetik kenyataan Dr. M. Ragaii El-Mostehy dan rakan-rakan dari Kuwait dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation):
“It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”
Namun, perlu kita sepakati bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relative dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan hadith nabi memberikan kita hakikat yang final dan mutlak iaitu fakta bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya! (hadith)
Wallahua’lam.
Rujukan:
  1. Sayyid Quthb, Fiqhud Dakwah: Maudhu at fi ad-Dakwah wal Harakah. Alih bahasa: Abdul Majid, Lc. Aku Wariskan Untuk Kalian!
  2. Kidd EAM, Joyston-Bechal S. Dasar-dasar karies, Penyakit dan penanggulangannya.
  3. Panjaitan M. Etiologi karies gigi dan penyakit periodontal
  4. Axelsson Per. An Introduction to risk prediction and preventive dentistry.
  5. Axelsson Per. Diagnosis and risk prediction of dental caries.
  6. Wu CD. Chewing Stick, Timeless natural toothbrushes for oral cleansing.
  7. Babay Nadir, Almas K. Effect of miswak extract on healthy human dentin: an in vitro study.
  8. Almas K., Skaug N. Ahmad, I. An invitro antimicrobial comparison of miswak extract with commercially available non alcohol mouth rinses.
  9. Darout IA. Comparative Oral Health status of an adult Sudanese population using miswak and toothbrush regularly.
  10. Tubaisat RS, et al. Use of miswak vs toothbrushes: Oral health belief and behaviors among a sample of Jordanian adults.
  11. Almas, K. The antimicrobial effects of seven different types of Asian chewing stick.
  12. Suryadi A, Mangundjaja S, Soekanto SA, Djais A. Effect of Salvadora percica in dentrifice on streptococcus mutans from humans.
  13. Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores
  14. Siwak as an oral health device (preliminary chemical and clinical evaluation)




Pelajar yang tidak berusaha (erti kata lain; malas), maka vektornya adalah hanya satu titik yang memberi nilai magnitud sifar. Sekiranya ada 10 orang pelajar yang sama, nilai keseluruhan magnitud vektor tetap sifar.


Pelajar yang berusaha pula memberi nilai magnitud 1.

Namun begitu, sekiranya usaha yang dilakukan adalah secara bersendirian iaitu masing-masing dengan usaha sendiri tanpa mempedulikan orang lain, maka nilai keseluruhannya tetap sama; sifar seperti pelajar yang malas.


Fizik dan Vektor

Hal ini kerana dalam fizik, vektor yang berbeza arah sekalipun magnitudnya besar jika dicampur hanya menghasilkan magnitud yang kecil. Malah mungkin magnitudnya sifar sekiranya vektor-vektor tersebut menunjuk pada arah yang bertentangan antara satu sama lain dengan magnitud yang sama. Fenomena ini dinamakan antagonisma.

Akan tetapi, sekiranya kesepuluh pelajar tersebut berusaha dan saling membantu antara satu sama lain, dengan erti kata lain vektor pada arah yang selari, maka hal ini menghasilkan magnitud bukan dua atau tiga tetapi sepuluh!


Kita tidak memerlukan seorang pelajar perubatan yang hanya tahu peduli dirinya sahaja. Peduli apa orang lain, asalkan diri sendiri berjaya, CGPA 4.00 atau mumtaz dan dapat graduate dengan cemerlang. Tidak. Kita tidak memerlukan doktor seperti ini. Sekalipun seribu orang doktor, hasilnya tetap sifar. Being doctor is about teamwork.

Sinaran Laser

Doktor Rashid memberikan contoh yang lain untuk menjelaskan lagi kelebihan sinergi berbanding berkerja sendirian. Cahaya mentol yang memberi cahaya kekuningan seperti yang kita pelajari terhasil dari foton-foton yang terbebas akibat atom filamen mentol dikenakan dengan sejumlah tenaga yang tinggi.


Apabila foton-foton ini diamplifikasikan atau ditumpukan, satu sinaran cahaya yang sangat kuat dapat dipancarkan sehingga mampu menembusi Matahari. Foton yang hanya merupakan tenaga yang saiznya hampir sama dengan elektron mampu menghasilkan daya yang begitu besar dengan sinergi.

Islam Mengajar Sinergi
1400 lalu, sebelum tercetusnya idea tentang vektor dan sinergisma, Islam telah lama mengajar umatnya supaya bersinergi. Sinergi bererti 1+1 = 3 atau lebih. Secara minda bawah sedar, hal ini telah pun diterapkan dalam konteks solat berjemaah itu sendiri.
Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda : Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian
.[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sepuluh orang sekiranya bersolat sendirian di dalam satu masjid, hanya memperoleh satu kebaikan setiap seorang. 1+1+1+1+1+1+1+1+1+1=1. Akan tetapi, dua orang yang bersolat berjemaah, masing-masing memperoleh 27 kali ganda kebaikan. 1+1=27.

Malah jika seorang makmum itu ikut serta rukuk tanpa sempat membaca Al-Fatihah bersama imam, dia tidak perlu menggantikan Al-Fatihah tersebut dengan tambahan rakaat. Tetap memperoleh 27 kebaikan. Berbanding solat sendirian, sekiranya tanpa Al-Fatihah, bukan setakat tidak mendapat 27 kebaikan bahkan tidak sah solatnya!

Fikir-fikirkan!!

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. 

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. 

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapaperaturan untuk memastikan keberkesanannya. 

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi. 
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. 
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. 
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau 
minum untuk tempoh dua jam. 
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat 
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara 
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari. 
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 
2. Gastrik - 10 hari 
3. Diabetes – 30 hari 
4. Sembelit – 10 hari 
5. Kanser – 180 hari 
6. Tibi – 90 hari. 

Pesakit 
artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
IMAM MUDA QARYAH
IIkhlas
MMesra
AAmanah
MMenawan
MManis
UUntung
DDinamik
AAlim
QQualiti
AAbadi
RRamah
YYakin
AAsli
HHarum
Cari MAKNA Nama ANDA?